Pages

Monday, May 15, 2017

Info Penting Mengenai Essential Oil

Semua bahan-bahan organik adalah tertakluk kepada rangsangan persekitarannya. Di dalam kes essential oil, cenderung berlaku penurunan kualiti apabila penyimpanan essential oil yang berpanjangan (bertahun-tahun), di bawah keadaan penyimpanan yang lemah, atau apabila minyak terdedah kepada udara dalam tempoh masa yang panjang. 

Image: Google Image
Selain itu, ketika disimpan di dalam tempat yang gelap dan keadaan sejuk sepenuhnya, apabila kerosakan bekas essential oil terjadi, minyak boleh bertahan dalam sebulan atau setahun tetapi ada kala seminggu sahaja boleh bertahan. 


Ketiga-tiga faktor utama yang menyebabkan kerosakan essential oil adalah:
  • Oksigen
  • Haba
  • Cahaya
Maka, pengawalan essential oil adalah sangat penting bagi setiap pengguna agar kualitinya lebih terjamin dan anda mendapat kesan yang optimum.