Pages

Monday, May 22, 2017

Sunday, May 21, 2017

Tentang Carrier Oil

Carrier oil membantu EO menyerap dengan lebih baik. 


Sifat EO seperti mengewap. 

Maksudnya, bila kite biarkan botol terbuka, EO bole kering dengan cepat. 
Atau kalau penutup tak tutup ketat, EO bole mengalir keluar sememeh memeh tepi botol. 
(Sifat sama mcm ointment)


Sebab tu kena guna carrier oil bila guna essential oil untuk:
1. Elakkan pembaziran EO
2. Sapuan jadi lebih optimum dan efektif

Saturday, May 20, 2017

Nikmati hujung minggu yang indah dengan Ronella!

Salam & selamat berhujung minggu!
Mulakan hari-hari anda dengan Ronella Essential Oil.

Kepada anda di luar sana yang gemar kepada percutian lagi-lagi bersama keluarga tersayang, jangan lupa untuk diffuse Ronella Essential Oil.

 Aromanya yang menenangkan dan menyegarkan ini membantu mengeratkan lagi hubungan keluarga anda.

Dengan Ronella Essential Oil & diffuser-nya yang easy to handle
Ke mana-mana pun boleh bawak untuk diffuse.
Pergi bercuti di hotel pun boleh.
Bertambah wangi bilik hotel dan dapat bantu tingkatkan kesihatan badan.

Selamat beristirehat!

Friday, May 19, 2017

Segarkan hari-hari anda dengan Ronella Essential Oil

Ronella Essential Oil 100% pure yang mempunyai pelbagai aroma dan fungsi tersendiri ini, dapat membantu dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga anda. 


Tanpa was-was, ia bebas daripada bahan kimia dan alkohol serta berkualiti dan selamat digunakan oleh semua peringkat usia.

Jangan lepaskan peluang anda di luar sana untuk memiliki produk Ronella ini, cepat-cepat grab sementara stok masih ada. 

Thursday, May 18, 2017

Ronella Essential Oil

Kepada peminat setia Essential Oil, jangan lepas peluang anda untuk mencuba produk keluaran kami, RONELLA Essential Oil.


Produk 100% pure dan berkualiti tinggi ini tidak terdapat sebarang bahan kimia dan alkohol di dalamnya. 
 

Tambahan pula, kelainan aroma dan manfaat sumber semulajadi yang ada pada setiap botol essential oil ini membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan anda.


Hanya dengan beberapa titisan sahaja anda akan mendapat hasilnya. Mudahkan?

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan rangkaian produk Ronella Essential Oil. 

Wednesday, May 17, 2017

Apa yang anda perlu tahu mengenai Essential Oil?

•Tumbuhan aromatik telah digunakan dalam perubatan dan kosmetik selama beribu-ribu tahun lamanya. 

•Tumbuhan aromatik segar biasanya menghasilkan 1-2% berat essential oil melalui penyulingan .

•Essential oil tidak mengandungi bahan kimia dan sintetik.

•Essential oil boleh diperolehi dari banyak bahagian berbeza tumbuh-tumbuhan seperti bunga,daun, buah-buahan, benih, rumput, akar, kulit kayu, bunga pokok, mentol dan tunas bunga kering. 

•Minyak pati biasanya cecair, tetapi ada sesetengahnya pepejal atau separa pepejal, pada suhu bilik.

•Majoriti essential oil berwarna atau kuning pucat, dan ada sesetengahnya sangat berwarna, seperti blue chamomile.

•Untuk menjaga kualiti dan ketahanan minyak, jauhkan essential oil dari cahaya matahari.

•Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.


Tuesday, May 16, 2017

Tips untuk penjagaan keselamatan anak anda


Berikut ialah Tips untuk penjagaan keselamatan anak anda apabila menggunakan essential oil:

• Jauhi essential oil daripada jangkauan anak kecil anda.

• Jangan menambah undiluted esential oil ke dalam air mandian anak anda

• Tidak mendedahkan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah terhadap wap essential oil yang kuat (kurangkan jumlah titisan ke dalam diffuser)

• Untuk kanak-kanak dibawah umur 15 tahun, kepekatan yang lebih rendah harus digunakan.

• Dilute essential oil bersama carrier oil sebelum di sapu ke kawasan badan dan muka anak kecil anda.

Monday, May 15, 2017

Info Penting Mengenai Essential Oil

Semua bahan-bahan organik adalah tertakluk kepada rangsangan persekitarannya. Di dalam kes essential oil, cenderung berlaku penurunan kualiti apabila penyimpanan essential oil yang berpanjangan (bertahun-tahun), di bawah keadaan penyimpanan yang lemah, atau apabila minyak terdedah kepada udara dalam tempoh masa yang panjang. 

Image: Google Image
Selain itu, ketika disimpan di dalam tempat yang gelap dan keadaan sejuk sepenuhnya, apabila kerosakan bekas essential oil terjadi, minyak boleh bertahan dalam sebulan atau setahun tetapi ada kala seminggu sahaja boleh bertahan. 


Ketiga-tiga faktor utama yang menyebabkan kerosakan essential oil adalah:
  • Oksigen
  • Haba
  • Cahaya
Maka, pengawalan essential oil adalah sangat penting bagi setiap pengguna agar kualitinya lebih terjamin dan anda mendapat kesan yang optimum.

Sunday, May 14, 2017

Mini Essential Oi

Kecil kecil cili padi, bukan sekadar kecil biasa tapi kecil berisi. Sekali gigit makan, boleh berapi bibir. Tapi makin pedas tu nikmatnya makin terasa kan? Bertambah-tambah makan nasiknya lauk pedas-pedas ni. Nyumsss. Amboi kalau cerita bab makan, sukaaa :P

Macam tu jugak la dengan Ronella mini essential oil ni.

Comelkan mini EO ni? 


Bukan sebarang kecik yer, berbaloi-baloi miliki koleksi eo mini ni. Affordable price, mudah dibawa ke mana saja dan kita boleh try dulu semua koleksi bau eo Ronella yang ada. Lepas try yang mini, korang boleh beli yang saiz 10ml ikut citarasa korang nak sebab dah ada pengalaman guna eo saiz mini punya.

Kepada anda yang ingin mencuba pelbagai aroma dan manfaat essential oil ini, boleh dapatkan daripada saya. Kecik-kecik cili padi, dah cuba mahu lagi!

Saturday, May 13, 2017

Bulan puasa dah dekat kan? Adakah anda di luar sana sudah memiliki set Ronella Family Pack Essential Oil?


Di dalam set Ronella ini terdapat 3 jenis essential oil (lemongrass, lavender bulgaria dan tea tree) yang mana membantu anda tidur lebih tenang, memberi tenaga, menjauhi nyamuk dan menjaga kulit.

Dengan adanya Ronella Family Pack ini, kesihatan keluarga anda akan lebih terjamin, InsyaAllah. Yang penting kita berusaha untuk berikan yang terbaik kepada family kita dengan produk yang selamat dari bahan-bahan natural berasaskan sumber alam semulajadi.

Kepada anda yang belum memiliki set Ronella Family Pack ini dan berminat untuk mendapatkanya, anda boleh dapatkan daripada saya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Tak perlu segan-segan tau kalau ada nak tanya apa yang anda nak tahu mengenai Essential Oil. InsyaAllah saya akan bantu anda sehabis baik.

Friday, May 12, 2017

Meredakan resdung dengan Ronella Cajuput Essential Oil

Resdung adalah penyakit yang biasa di alami oleh masyarakat kita. Resdung terjadi akibat daripada jangkitan, alahan atau masalah struktur dalam hidung. 

Dengan menggunakan cajuput oil yang dihasilkan melalui penyulingan daun dan ranting pokok kayu putih ini, ia dapat membantu merawat penyakit resdung yang dialami oleh anda semua.


Cara-cara penggunaan; 
• Titiskan sebanyak 5 titis Cajuput oil ke dalam Ronella diffuser yang diisi dengan 70ml air. Dengan aroma yang tersebar ke udara ini dapat meredakan penafasan anda.

• Calitkan setitis cajuput oil bersama dengan 4 titis Jojoba oil di bawah hidung anda. Ia dapat membantu meredakan hidung tersumbat.


Pastinya dengan Ronella essential oil yang berasaskan tumbuhan semula jadi ini tidak memberi kesan sampingan ke atas diri si pengguna.

Selamat mencuba!

Thursday, May 11, 2017

Atasi sakit pinggang sewaktu hamil dengan Ronella Mommy Relief

Ronella Mommy Relief adalah pre-diluted blend essential oil dengan virgin coconut oil yang selamat digunakan oleh wanita hamil dan menyusukan anak

Kalau korang ada masalah sakit pinggang semasa hamil, korang mesti cuba Ronella Mommy Relief ni.

Dengan harga yang murah dan mampu milik, InsyaAllah roll on kaler pink mommy relief ni dapat bantu korang untuk menikmat saat-saat hamil dengan lebih baik dan sihat.

Yelah, saya dah pernah rasa macam mana seksanya sakit pinggang waktu hamil.
Hmm, masa tu menanggung jer la dengan tabah sebab tak release lagi Mommy Relief ni. Kalau dah ada masa tu, konfem saya akan beli.



So, nak beli boleh contact saya tru whatsapp atau telegram yer.

P/S: pompuan yang tak mengandung pun boleh guna tau. Ehh lelaki pun boleh, jangan risau uols lelaki takkan termengandung punyalah kalau guna mommy relief ni (hehhe gurau pun tak boleh ahaks!)

Okey, selamat mengandung dengan hepi dan sihat!
Ibu sihat dan ceria, baby pun InsyaAllah sihat dan ceria lahir nanti. Amin.

Wednesday, May 10, 2017

Cara Guna Ronella Mommy Relief


Haaa. mesti korang tertanya-tanya. Macam mana la cara guna Ronella Mommy Relief. 

Ronella Mommy Relief ni dalam bentuk roll on. So mudah sangat la nak guna. Bila nak guna just roll on jer kat tempat kita rasa nak sapu dan sakit-sakit or lenguh-lenguh tu. 

Mudah, cepat dan jimat penggunaanya bila dalam bentuk roll on ni. Takder la kita risau tumpah ke, especially bila kita letak dalam handbag angkut ke sana sini. Biasa la pompuan kan, especially bila hamil, mesti nak angkut segala tok nenek dalam handbag.

Sebab tu la, Ronella reka khas Mommy Relief dalam bentuk roll on. Haa, macam tu jer la cara guna Ronella Mommy Relief ni. Senang kan? Tak payah nak susahkan diri letak-letak minyak atas tapak tangan, pastu gigih menyapunya hehhe. Sesilap belum sapu lagi dah tumpah dulu. Alahai, ibu mengandung kan, kekadang ada jer tak kena hihihi.


So, apa tunggu lagi. Cepat contact saya tru whatsapp atau telegram untuk pembelian. Dan saya nak ucapkan selamat menikmati hari-hari indah sebagai ibu hamil. Arghh, rindu nak rasa baby kick dalam perut :)

Tuesday, May 9, 2017

Apakah Ronella Mommy Relief?

Ronella Mommy Relief dibuat khas dan selamat untuk ibu mengandung kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang, terutamanya di bahagian pinggang. 

Ronella Mommy Relief ni jugak dapat bantu atasi masalah cramp kaki dan urat tegang.

Mommy Relief ni 100% natural dan selamat digunakan, terutamanya untuk ibu mengandung dan menyusu.

Harga Ronella Mommy Relief ni cuma RM34 (belum termasuk postage).

Berminat nak cuba Mommy Relief, boleh whatsapp atau telegram saya. 

Monday, May 8, 2017

COMING SOON| Ronella Mommy Relief

Nantikan kemunculan produk terbaru dari Ronella iaitu:

Ronella Mommy Relief

Ronella Mommy Relief adalah produk essential oil blend yang dikeluarkan khusus wanita hamil dan boleh juga digunakan oleh wanita yang tidak hamil setiap kerana ianya selamat dan dapat bantu wanita tingkatkan kesihatan badan dan emosi.
Pasti Ronella Mommy Relief akan jadi produk wajib dimiliki oleh wanita hamil terutamanya jika mereka mengalami masalah sakit pinggang, morning sicknesses, sakit-sakit badan dan emosi tak stabil kerana pembawakan bayi atau keletihan.

Anda pasti teruja nak tau lebih lanjut lagi tentang Ronella Mommy Relief iaitu dari segi fungsi, isi kandungan, manfaat, cara penggunaan dan semestinya berapa harganya?

Saya akan kongsikan dalam entry akan datang.


Jadi...
TUNGGU!

Sunday, May 7, 2017

Sihat dengan Ronella Cajuput Essential Oil


• Membantu merawat bronkitis dan pencernaan
• Membantu mengurangkan masalah selsema dan resdung
• Membantu mengurangkan demam dan jangkitan kuman
• Meredakan sakit sendi dan otot

Ronella Essential Oil adalah 100% pati minyak semulajadi yang bebas kimia dan bebas alkohol. Anda boleh gunakannya tanpa was-was.

*Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sekiranya anda adalah wanita hamil atau untuk kegunaan bayi atau kanak-kanak.

Saturday, May 6, 2017

Basmi Jangkitan Kuman dengan Ronella Tea Tree Essential Oil

Anak kecil anda sering menangis kerana kurang sihat? Sering sakit walaupun berada di rumah? 
Dengan menggunakan minyak Melaleuca atau juga dikenali sebagai tree oil ini, ia membantu dalam membersihkan dan menyegarkan udara yang menjadi puncanya penyakit merebak. 


Diffuse saja tea tree oil ke udara dengan menggunakan Ronella Diffuser, dengan mudah cara ini dapat membantu membasmi kuman dan bakteria yang terdapat di udara.

Tambahan pula, manfaat tea tree oil ini mengalakkan fungsi imun tubuh yang sihat.

Adanya Ronella Essential Oil, kesihatan anak kecil anda akan lebih terjamin. Sebagai ibu bapa, kita pasti ingin berusaha berikan yang terbaik buat permata hati kita!

Friday, May 5, 2017

Kenali Saya: Ayu Rashid

Assalamualaikum & Hi!

Saya Ayu Rashid, atau nama FB saya Rahayu Rashid
Im 38 years 'young' hahahha!
Happily married for 11 years dengan cinta hati dijodohkan Allah
Syahrulnizam namanya :)
Dikurniakan Allah, 3 cahayamata



Sebagai Working at Home Mother (WAHM)
Saya habiskan banyak masa dalam Small Office Home Office (SOHO) 

Bisnes yang saya jalankan ialah Dexandra Perfume dan kini Ronella juga
Di samping tu, saya jugak freelance ghostwritter
Saya suka blogging dan melayari internet

So, masa saya memang banyak duduk di workstation saya ni
So, korang dapat imagine macam mana saya struggle?
Antara family, bisnes dan diri saya sendiri.




Sebab itulah, saya perlukan 'sesuatu' yang dapat naikkan mood saya
Yang dapat jaga kesihatan saya secara alternatif (sebolehnya)
Dan, yang dapat digunakan untuk seisi keluarga

Sejak saya kenali dan guna Essential Oil (semestinya Ronella!)
Ia adalah sesuatu yang mesti ada atas meja kerja saya!
Ronella Lavender Essential Oil

My feveret is Lavender!
Terasa seperti sedang bekerja dan berblogging di taman lavender.




Saya akan share lagi pengalaman saya, customer dan testimoni pengguna Ronella dalam entries akan datang.

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. Jumpa lagi!

Thursday, May 4, 2017

Kelebihan Ronella Lavender Essential Oil


Ronella Lavender Essential Oil membantu dalam menyelesaikan masalah kulit anda.

Antara kelebihannya:

• Merawat masalah jerawat
• Menghilangkan bekas jerawat
• Manfaat anti-penuaan
• Merawat kulit terbakar 
• Merawat luka

Ronella Lavender Essential Oil merupakan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dapat merawat dan menyihatkan kulit anda dengan serta merta. Produk ini adalah 100% semula jadi, tiada sebarang bahan kimia dan alkohol di dalamnya.


Wednesday, May 3, 2017

Kelebihan Ronella Tea Tree Essential Oil


Antara manfaat tea tree oil untuk kulit anda adalah;

1. Melembabkan kulit yang kering

Anda boleh campurkan 2 titis tea tree oil bersama dengan 8 titis jojoba atau carrier oil yang lain, dan sapukannya di kawasan kulit kering seperti muka,siku,lutut dan tumit.


2. Meredakan gigitan serangga
Dilute tea tree oil bersama carrier oil dan sapukannya di kawasan kulit yamg terkena gigitan serangga. Ulangi beberapa kali untuk kesan yang lebih mujarab.

3. Meredakan luka bakar
Sapukan 2 titis tea tree oil bersama dengan 10 titis olive oil dan sapukannya dikawasan luka bakar yang ringan. Anti bakteria dan antiseptik yang terdapat dalam tea tree oil ini membantu menyembuhkan luka anda.


Dengan adanya Ronella Essential Oil 100% pure ini, ia dapat membantu penjagaan kesihatan seiisi keluarga anda.

Tuesday, May 2, 2017

Kelebihan Ronella Lemongrass Essential Oil


Lemongrass Essential Oil 100% asli, tanpa alkohol dan tanpa bahan kimia ini membantu anda untuk:

• Menghilangkan tekanan dan keletihan
• Anti serangga
• Menghilangkan jerawat
• Meredakan demam
• Meredakan sakit kepala
• Mengurangkan sakit otot

Dengan adanya Ronella Essential Oil, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda semua.

Monday, May 1, 2017

Kelebihan Ronella Lemon Essential Oil


Lemon Oil yang kaya dengan vitamin C dan bersifat anti bakteria yang kuat ini dapat membantu anda dalam;
• Melancarkan peredaran darah
• Meredakan sembelit 
• Meredakan demam
• Menghindari gigitan serangga
• Meredakan sakit sendi
• Menghindari selulit

.
Ronella Essential Oil merupakan produk berasaskan tumbuhan semulajadi, membantu dalam mengurus kesihatan dan mengawal penyakit anda.