Pages

Monday, April 3, 2017

"Mummy! Baby awak dah ada set penjagaan Essential Oil?

Sekarang ni ramai mengadu baby comel mereka digigit nyamuk. Ada yang cakap ruam merata di wajah comel baby mereka. Tak kurang juga baby susah nak tidur, sama naik dengan mummy nya. 

Mari sini kami nak cerita, pengalaman sendiri ni.. 

Dulu masa baby saya umur 4 bulan, selalu betul dia kena gigit nyamuk. Boleh kata setiap 3 hari mesti ada kesan gigitan kemerahan di muka dan betis dia. Agaknya nyamuk ni geram dengan anak saya. 

Mula-mula saya beli ubat nyamuk yang banyak dijual di pasaran. Lepas spray je, kena biar 30 minit kalau tak memang sesak nafas. Tak elok untuk baby. Sempat menangis melalak baby saya tunggu nak masuk bilik tidur. 

Lepas tu saya nampak orang jual perangkap nyamuk elektrik, saya pun beli. Yang ada lampu dalam tu. Saya pasang hari-hari bila malam menjelma. Esok tengok anak saya kena gigit lagi dengan nyamuk. Bila tengok dalam perangkap nyamuk elektrik tu hanya ada agas dan lalat sahaja. Murung sekejap saya. Muka anak semakin membintat dan kemerahan.

Kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dari pakar. Bukan murah nak dapatkan nasihat dari yang pakar. Tapi tak apa sebab saya dah sedih lihat anak sentiasa digigit nyamuk. Bintat dimuka dah mula merebak dan menjadikan muka anak saya merah kemerahan.

Sampai dinasihati supaya saya menggunakan kaedah biologi semulajadi yang dijamin selamat untuk anak-anak kecil. Saya dan suami pun pergi mencari inisiatif sebab rupa-rupanya sahabat kami pun selalu mengadu masalah serupa. Baby selalu digigit nyamuk, kulit terkena ekzema, ruam kemerahan satu badan, merunsingkan semua ibu-ibu diluar sana.

Lalu saya mengambil keputusan untuk mengujikaji kaedah semulajadi berasaskan serai. Sebaik sahaja mencuba seawal hari pertama, sudah berkesan!

Bersinar muncul cahaya gembira diraut wajah saya dan suami. Berbunga-bunga hati ini. Lalu kami kembali kepada sumber bahan tersebut dan menghasilkan produk berdasarkan tumbuh-tumbuhan semulajadi..

Maka terhasillah Ronella Essential Oil! 

Biar saya terangkan 3 produk bestseller kami yang memberikan kesan semalaman..

  • Ronella Lemongrass Essential Oil - Lemongrass ini memang terkenal sebagai penghalau nyamuk dan serangga lain secara semulajadi. Titiskan 5 titis kedalam Ronella Diffuser berserta 70ml air, nyamuk tidak akan berani singgah ke rumah kita lagi. Sejak menggunakan Ronella Lemongrass Essential Oil ini, baby kami tidak lagi pernah digigit nyamuk. Syukur sangat!

  • Ronella Lavender Essential Oil - Lavender terkenal sebagai first-aid essential oil kerana mempunyai banyak kegunaan. Selain aromanya yang begitu menenangkan, Lavender juga bertindak sebagai pembantu dikala kita dan baby manja kita ingin tidur dengan nyenyak. Silap-silap, suami kita pun boleh terlewat ke pejabat kerana begitu nyenyak tidur. Titiskan sebanyak 2 titis ke bantal dan sapu dengan rata, mudah lah kita tidur seharian selepas penat bermain dengan kerenah si manja.

  • Ronella Tea Tree Essential Oil - Tea Tree sememangnya diketahui sebagai anti-bakteria semulajadi. Bila dititiskan bersama air dengan diffuser, ia boleh membunuh bakteria dan virus diudara supaya baby kita tidak mudah dijangkiti selsema dan batuk. Bila dicampur dengan carrier oil dan disapu di badan dan muka, boleh membantu menghilangkan ruam dan ekzema. Ibu seperti kita pun boleh gunakan untuk mengeringkan jerawat degil diwajah.

Setiap produk yang kami hasilkan ini, 100% ASLI, bebas dari bahan kimia, bebas dari alkohol. Sesuai untuk digunakan oleh semua baby diseluruh dunia mengikut panduan dan arahan yang disediakan.

Adakah anda berminat? Ya kami pasti anda yang membaca memerlukannya!

Kami memperjuangkan kaedah semulajadi tanpa bahan kimia dalam setiap penghasilan produk kami. Kerana kita semua sudah tahu bahawa setiap bahan kimia berbahaya sudah pasti meninggalkan kesan sampingan negatif jangkapanjang.

Produk ini adalah buatan Malaysia dengan sumber bahan dari seluruh dunia dikaji dan diteliti oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang kesihatan. Kami juga memastikan kualiti produk yang kami hasilkan bertaraf dunia dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai dimiliki oleh semua orang khususnya insan bergelar ibu.