Pages

Monday, April 24, 2017

5 kelebihan Essential Oil

5 kelebihan Essential Oil yang anda perlu tahu

1) Membantu masalah pernafasan

Dengan menggunakan diffuser, ia dapat sebarkan aroma essential oil ke seluruh ruang rumah anda. Aroma lavender sangat sesuai untuk meredakan masalah pernafasan dan ia membuatkan anda berasa lebih tenang.

2) Meredakan masalah kulit dan kesakitan
Dilute sahaja essential oil bersama dengan carrier oil dan sapu terus ke kulit anda. Seperti tea tree oil yang mempunyai sifat antiseptik yang kuat ia membantu merawat luka dan meredakan kesakitan anda.

3) Jimat pembelanjaan
Anda dapat mengurangkan kos pembelanjaan perubatan kesihatan iaitu dengan menggunakan essential oil dalam membantu merawat penyakit yang dihadapi.

4) Meredakan tekanan
Kebaikan yang ada pada essential oil ini dapat membantu anda meredakan tekanan dan meningkat semangat dalam melakukan kerja harian anda. Dengan menggunakan lemon essential oil, anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga dalam menempuhi tugasan harian anda.

5) Anti serangga
Dengan menggunakan essential oil, membantu menghalang serangga seperti nyamuk, lalat dan lain-lain daripada memasuki rumah anda. Seperti lemongrass essential oil, ia sangat membantu dalam menghalang serangga perosak.