Pages

Friday, March 3, 2017

Rahsia 'Kelahiran' Ronella

Ronella ‘dilahirkan’ oleh sepasang suami isteri yang peka dengan penjagaan kesihatan cara Semulajadi setelah berlaku kemalangan menimpa anak mereka selepas 19 hari dilahirkan.



Kisahnya bermula pada Disember tahun 2015 dimana bayi sulung saya dilahirkan selepas 19 hari secara mengejut didiagnos mempunyai penyakit Meningitis. Meningitis ini adalah penyakit jangkitan virus atau bakteria dibahagian otak. Bayangkan bayi sulung yang dinanti selama 4 tahun perkahwinan secara tiba-tiba menjerit di tengah malam hari sewaktu tidur. 


Saya dan suami cuba memeriksa setiap keadaan bayi kami seperti kembung, demam, dan lain-lain tanda fizikal tidak langsung nampak ketika bayi saya pertama kali menjerit.
Selang beberapa jam selepas itu, bayi sulung saya demam panas dan tidak bermaya. Langsung saya dan suami bergegas bawa ke hospital. Sebaik saja tiba dihospital dan selepas mengambil ujian darah, bayi saya disahkan menghidapi penyakit Meningitis. 


Sewaktu Doktor pakar kanak-kanak itu memberitahu saya, saya kelu, kaget, dan panik kerana tidak tahu menahu tentang penyakit Meningitis dan puncanya. Apatah lagi kami didedahkan dengan pelbagai kesan sampingan daripada penyakit ini pada ketika itu. Perasaan ini hanya tuhan saja yang tahu.
Tidak sampai 10 jam, bayi saya dipindahkan terus ke NICU dan tidak sedarkan diri selepas mengalami sawan bersiri. Selama seminggu dia tidak sedarkan diri, saya mencari punca dan sebab kenapa perkara ini boleh berlaku. Pelbagai rawatan moden dan tradisional digunakan dan syukur selepas seminggu, bayi saya mula menyedarkan diri dan pulih sedikit demi sedikit.
Penyakit Meningitis ini sebenarnya adalah satu penyakit yang cukup berbahaya sehingga boleh membawa maut kepada penghidapnya dalam tempoh 24-48 jam. Meningitis ini juga lebih mudah menyerang kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dan menjangkiti mereka dengan begitu pantas.

Puncanya?
Antara punca Meningitis adalah bakteria atau virus yang disebarkan samada melalui sentuhan mahupun perkongsian ruang udara. Seperti seorang ayah yang selesema dan mempunyai bakteria tidak aktif, tetapi apabila dia bersin sahaja bakteria tersebut menjangkiti anaknya yang berdekatan. Lantas anaknya yang kurang antibodi pada ketika itu serta merta dijangkiti bakteria.
Sejak peristiwa itu, saya dan suami sememangnya agak fobia dengan mereka yang berpenyakit untuk datang ke rumah kami. Tapi kami tidak boleh melarang pelawat sesuka hati. Jadi, sejak itu saya mula mengkaji apakah kaedah penjagaan kesihatan terbaik supaya bakteria-bakteria diudara ini dapat dibunuh.
Beberapa bulan selepas itu, saya diperkenalkan dengan essential oil. Sebaik saja menggunakannya, terus jatuh cinta dan dari situ mendatangkan ilham kepada saya untuk mewujudkan perniagaan ini. Agar ibu-bapa diluar sana tidak bimbang dengan persekitaran dan kandungan udara yang menjadi bahan pernafasan anak-anak mereka.
Setelah melihat kesan kepada kehidupan dan kesihatan anak saya yang kini bertambah aktif dan sihat setiap hari, saya rasa menjadi tanggungjawab untuk saya berkongsi dengan anda pula tentang kaedah penjagaan kesihatan sekeluarga yang 100% asli, tanpa alkohol dan tanpa bahan kimia.
Jika selepas menggunakan Ronella Essential Oil ini anak saya mempunyai sistem imun yang lebih baik, jarang dijangkiti penyakit, mudah sembuh daripada ruam, selesema, dan demam, kulit anjal bebas ekzema, tiada masalah meragam di malam hari, tidak digigit nyamuk, kenapa tidak saya cadangkan kepada anda pula untuk melindungi dan menjaga keluarga anda pula?

Menarik Bukan?

Mereka di negara-negara maju seperti US, UK, Australia memang sudah menjadikan essential oil ini sebagai kaedah terapi yang berkesan dalam kehidupan seharian mereka.
Jadi saya ada misi untuk membantu anda ‘Back to Nature’ kembali semula kepada fitrah tumbuh-tumbuhan semulajadi dalam menjaga kesihatan seisi keluarga.